Saturday, August 6, 2011

Sains Dan Al-Quran;Orbit2 Yang Ditenun Rapat

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Permulaan bagi perkongsian ini,saya memilih untuk memilih subjek sains untuk dikaitkan dengan keagungan Al-Quran ini kerana rata2 kebanyakan manusia cenderung lebih mempercayai fakta yang berasaskan pembuktian yg jelas dan nyata.

"Demi langit yang mempunyai jalan-jalan"
Surah Adh-dhariat:ayat 7

"وَالسَّماءِ ذاتِ الحُبُكِ"

Perkataan ' لحُبُك'

Diterjemah sebagai jalan-jalan dalam ayat ke tujuh surah adh-dhariat,datang
daripada kata kerja "hubuke" yang bermaksud ""Untuk menenun rapat, untuk bersatu
, untuk mengikat bersama-sama"

Penggunaan perkataan ini sesuai dan bercirikan keadaan masa kini pengetahuan
saintifik dalam aspek berikut.

#Orbit Yang Ditenun Rapat

-Orbit dan laluan2 di angkasa sangat padat dan saling berkaitan sehinggakan
ia membentuk laluan bersilang.Sama seperti benang dalam cebisan fabrik.
Sistem solar yang kita diami hari ini terdiri daripada Matahari,planet2 beserta bulan2nya dan objek yang bergerak secara sekata dalam kuantiti yang banyak seperti meteor dan komet.
Sistem Solar ini bergerak melalui galaksi Bima Sakti, yang mana mengandungi 400
billion bintang.Dan dianggarkan ada berbillion galaksi di luar sana.Cakerawala2 dan sistem ini berputar dalam kawasan tertentu tanpa berlanggar antara
satu sama lain.

-Sains astronomi muncul dengan matlamat untuk memetakan posisi dan laluan2
bintang2 manakala bidang astro-mechanics pula ditubuhkan untuk menentukan pergerakan
yang kompleks ini.Ahli astronomi dahulunya menganggap bahawa orbit2 berbentuk
sphera secara sempurna.Walhal,kebanyakan objek2 angkasa diketahui mengikuti
orbit2 berbentuk2 matematik seperti sphera,elipse,parabola dan hiperbola.

-Kata2 Dr. Carlo Rovelli dari Universiti Pittsburgh

"Ruang angkasa yang kita diami ni adalah pusingan2 laluan yang sangat rumit"



gambar diatas menunjukkan laluan
bintang2 yang rumit


Anggaran pergerakan tahunan cuma tujuh
daripada bintang dalam galaksi Bima Sakti

Moleklah jika saya ingatkan sekali lagi Al-Quran diturunkan Allah 1400 tahun yang lalu
kepada nabi Muhammad s.a.w di mana waktu itu tiada lagi teknologi yang dapat mengesahkan perkara ini.Hal ni sepatutnya memadai untuk kita mengetahui bahawa Al-Quran benar2 daripada Sebenar2 Pencipta yang mengetahui segala-galanya mengenai ciptaan-NYA..


Banyak lagi bukti2 ketara yang dapat kita perolehi daripada Al-Quran jika berusaha untuk mencarinya.Apa yang kita perlukan cuma minda yang terbuka yang menjana pemikiran yang lebih berguna ke arah kebenaran jika kita benar-benar ingin menemuinya.

Nantikan.....

Wallahualam..(benar2 Penciptaku dan Penciptamu ,ALLAH yang lebih mengetahui)

1 comment:

Biehah said...

Assalamualaikum...thanks for visiting...nice blog u have here keep it....may Allah bless insyaAllah...