Thursday, August 4, 2011

Permulaan Cerita Cinta Pada Tinta-NYA



Al-Quran sebuah tinta yang luar biasa yang dikurniakan Allah kepada junjungan besar nabi Muhammad s.a.w sumber inspirasi dan ilmu yang tinggi dan benar.

Panduan islam ini walau apa-apa sahaja subject yg cuba dikaitkan dengannya telah,sedang dan akan sentiasa dibuktikan sebagai Tinta Allah Pencipta seluruh alam lebih-lebih lagi setelah setiap maklumat-maklumat baru mengenai sejarah,saintifik dan arkeologi berjaya dibongkar.

Fakta tentang perkara2 saintifik dan berita2 yang diterangkan kepada kita tentang masa lalu dan masa hadapan ,fakta yang sepatutnya belum diketahui semasa Al-Quran diturunkan disebut dalam surah2 nya.

Dan mustahil untuk maklumat2 yang bakal didedahkan dalam blog ini diketahui
diketahui dalam era yang mana tahap pengetahuan dan teknologi yang masih rendah
pada abad ke 7 di negara arab.

Berdasarkan perkara2 ini,kita patut mempersoalkan ;boleh jadi ke ada sesiapa pada kurun ke 7 di negara arab yang mengetahui bahawa;

1, Atmosphera kita terdiri daripada 7 lapisan?


2, Pelbagai tahap tumbesaran seorang bayi dalam kandungan seorang wanita secara terperinci?


3, Alam semesta ini berkembang pada tahap yang sekata apabila hanya baru2 ini
saintis dapat mengenengahkan teori big bang?


4, Fakta mengenai ibu jari setiap manusia adalah unik dan berbeza bagi setiap manusia?


5, Tugas seorang orang kanan firaun,haman sedangkan terjemahan tulisan hieroglif
secara terperinci didapati 2 abad yang lalu?


dan banyak lagi..

Hanya satu penjelasan yang sempurna bagi persoalan2 di atas;

"Al-Quran adalah benar2 kata2 Allah yang mencipta segala-galanya dan Maha
Meliputi semua perkara dengan pengetahuan-NYA."

Dalam satu ayat,Allah berfirman

"Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al-Quran kalau kiranya Al-Quran itu bukan dari sisi Allah,tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya"
an-nisa:ayat 82

Setiap cebis maklumat dalam Al-Quran mendedahkan keajaiban kitab suci ini.
Umat manusia diperintahkan berpegang teguh dengan Al-Quran yang dikurniakan
Allah dan menerimanya dengan hati yang terbuka sebagai satu-satunya petunjuk dalam kehidupan.

Allah juga berfirman

"Tidaklah mungkin Al Qur'an ini dibuat oleh selain Allah; akan tetapi (Al Qur'an itu) membenarkan kitab-kitab yang sebelumnya dan menjelaskan hukum-hukum yang telah ditetapkannya, tidak ada keraguan di dalamnya, (diturunkan) dari Tuhan semesta alam." "Atau (patutkah) mereka mengatakan: ""Muhammad membuat-buatnya."" Katakanlah: "" (Kalau benar yang kamu katakan itu), maka cobalah datangkan sebuah surat seumpamanya dan panggillah siapa-siapa yang dapat kamu panggil (untuk membuatnya) selain Allah, jika kamu orang-orang yang benar."""
surah yunus ; ayat 37-38

" Dan Al Qur'an itu adalah kitab yang Kami turunkan yang diberkati, maka ikutilah dia dan bertakwalah agar kamu diberi rahmat,"
surah al-an'am ;ayat 155

Yakinlah kawan-kawan..Al-Quran merupakan anugerah yang tidak ternilai..

Anda boleh memilih sama ada ingin terus percaya atau tidak kepada kata-kata saya ini
namun pastinya yang lebih baik jika anda sendiri yang mengkaji kesahihan perkara-perkara ini.

Nyawa anda hanya ada satu dan bila-bila masa saja boleh hilang..anda setuju?
Mulakan langkah anda..carilah kebenaran kerana setiap usaha anda tidak akan merugikan
diri anda..

wallahualam

No comments: